Ahad, 29 April 2012

Pencemaran Alam dan Kesannya

pencemaran alam



Punca Pencemaran Alam



1. Pembuangan sisa industri, sisa toksik dan sisa radioaktif, asap dan haba daripada
    kilang
  • Penyingkiran bahan toksik seperti merkuri, cadmium dan sebatian sianida memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.
  • Kilang-kilang yang menggunakan bahan api fosil mencemari alam sekitar dengan membebaskan gas beracun seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan oksida-oksida nitrogen
  • Gas-gas daripada asap kilang boleh menyebabkan hujan asid.

2. Penggunaan baja kimia dan pestisid dalam bidag pertanian.
  • Penggunaan baja  nitrat dan fosfat secara berlebihan menyebabkan baja itu melarut dalam air yang mengalir ke sungai
  • Pestisid seperti paraquat, dieldrin dan DDT sukar diuraikan dan kekal dalam persekitaran

3. Bunyi, asap dan gas beracun daripada kenderaan dan jentera.
·         Di kawasan Bandar, pencemaran bunyi disebabkan bunyi daripada mesin dan enjin kenderaan
·         Di kawasan lapangan terbang, bunyi yang dihasilkan oleh kapal terbang supersonik boleh mengakibatkan pencemaran bunyi
·         Gas karbon monoksida yang dihasilkan oleh kenderaan amat berbahaya kepada manusia.

4. Pembuangan sampah sarap seperti plastic, sisa makanan, dan bahan pepejal
  • Jumlah sampah yang dibuang meningkat dengan bertambahnya penduduk di sesebuah kawasan
  • Sampah sarap seperti bangkai haiwan, sisa makanan dan kertas adalah boleh dibiodregrasi manakala bahan plastic, getah, kaca dan bahan logam adalah tidak terbiodegrasi
  • Pembakaran sampah terbuka boleh menyebabkan pencemaran udara dengan penghasilan gas-gas toksik

5. Pembuangan kumbahan
  • Pembuangan air kumbahan yang tidak betul boleh menyebabkan pencemaran air
  • Air kumbahan yang kotor menggalakkan pertumbuhan bacteria. Bacteria ini menggunakan oksigen dalam air dan menyebabkan air tidak sesuai untuk hidupan akuatik
Untuk set Induksi _ video klip Pemanasan Global
video klip Lagu Untuk Set Induksi _ zainal abidin "hijau"

Pencemaran Alam


1.Pencemaran alam ditakrifkan sebagai suatu perubahan negatif serta kemerosotan kualiti     
    persekitaran dengan bertambahnya bahan-bahan semula jadi dan bahan-bahan bukan
    semulajadi kepektan yang tidak normal yang boleh membahayakan manusia dan  
   keseimbangan alam

2. Pencemaran berlaku akibat aktiviti manusia secara langsung atau tidak langsung