Kesan Rumah Hijau


  1. Fenomena kesan rumah hijau adalah disebabkan oleh peningkatan gas karbon dioksida dalam atmosfera.
  2. Peningkatan kuantiti gas karbon dioksida adalah disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan karbon dioksida lebih daripada pengambilan gas karbon dioksida semasa tumbuhan berfotosintesis.
  3. Peratusan gas karbon dioksida dalam atmosfera boleh meningkat disebabkan pemusnahan tumbuhan hijau semasa aktiviti penebangan hutan yang tidak terkawal serta pembukaan tanah.
  4. Gas karbon dioksida yang berlebihan dalam atmosfera akan meningkatkan suhu bumi.
  5. Gas karbon dioksida dalam atmosfera menghalang pancaran cahaya inframerah  daripada dipantulkan semula ke angkasa lepas.
  6. Kesan rumah hijau menyebabkan :
(a)    Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan
(b)   Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas.
(c)    Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan kerana tumbuhan tertentu (pengeluar) mati.






2 ulasan: