1. Pembuangan sisa industri, sisa
toksik dan sisa radioaktif, asap dan haba daripada
kilang
- Penyingkiran bahan toksik seperti merkuri, cadmium dan sebatian sianida memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.
- Kilang-kilang yang menggunakan bahan api fosil mencemari alam sekitar dengan membebaskan gas beracun seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan oksida-oksida nitrogen
- Gas-gas daripada asap kilang boleh menyebabkan hujan asid.
2. Penggunaan baja kimia dan
pestisid dalam bidag pertanian.
- Penggunaan baja nitrat dan fosfat secara berlebihan menyebabkan baja itu melarut dalam air yang mengalir ke sungai
- Pestisid seperti paraquat, dieldrin dan DDT sukar diuraikan dan kekal dalam persekitaran
3. Bunyi, asap dan gas beracun
daripada kenderaan dan jentera.
·
Di kawasan Bandar,
pencemaran bunyi disebabkan bunyi daripada mesin dan enjin kenderaan
·
Di kawasan lapangan
terbang, bunyi yang dihasilkan oleh kapal terbang supersonik boleh
mengakibatkan pencemaran bunyi
·
Gas karbon monoksida yang
dihasilkan oleh kenderaan amat berbahaya kepada manusia.
4. Pembuangan sampah sarap
seperti plastic, sisa makanan, dan bahan pepejal
- Jumlah sampah yang dibuang meningkat dengan bertambahnya penduduk di sesebuah kawasan
- Sampah sarap seperti bangkai haiwan, sisa makanan dan kertas adalah boleh dibiodregrasi manakala bahan plastic, getah, kaca dan bahan logam adalah tidak terbiodegrasi
- Pembakaran sampah terbuka boleh menyebabkan pencemaran udara dengan penghasilan gas-gas toksik
5. Pembuangan kumbahan
- Pembuangan air kumbahan yang tidak betul boleh menyebabkan pencemaran air
- Air kumbahan yang kotor menggalakkan pertumbuhan bacteria. Bacteria ini menggunakan oksigen dalam air dan menyebabkan air tidak sesuai untuk hidupan akuatik
assalamualaikum,bleh dak nk copy back??
BalasPadamterima kasih di atas maklumat ini
BalasPadamia amat berguna bagi anak saya ini . TQ
BalasPadamkesan pencemaran alam ade tak
BalasPadamsebab berlakunya pencemaran ade tak
BalasPadamTerbaik bossku
BalasPadam